
Anonymous
3 tahun
Tidak mengambil bcg injection
Hi, saya berumur 24 tahun, tetapi semasa berumur 12 tahun saya tidak mengambil suntikan BCG, apakah kesan dalam jangka masa panjang ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Suntikan BCG diberikan bagi mencegah jangkitan TB atau tuberculosis. Sebelum ini suntikan BCG diberikan 2 kali seumur hidup iaitu ketika bayi dan ketika usia 12 tahun. Namun begitu, kini vaksin tersebut hanya diberikan ketika bayi dan tiada suntikan booster ketika 12 tahun diberikan.
Oleh itu, sekiranya anda telah mendapat suntikan ini ketika bayi, maka anda tidak perlu risau.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut tentang perkara ini, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.