Sulit
5 tahun
Tidak merakan apa2 sewaktu berhubungan seks dengan suami
Salam sejahtera para barisan hadapan negara.
Saya seorang wanita yang sudah berkahwin. Usia perkahwinan kami baru sahaja mencecah setengah tahun.
Saya mempunyai pertanyaan. Adakah normal bagi wanita yang baru sahaja berkahwin tidak merasakan apa2 kenikmatan sewaktu bersama? Tidak terasa sakit juga tidak terasa nikmat.
Walau bagaimanapun apabila bahagian klitoris diusik, hal tersebut boleh membuatkan saya ghairah. Namun apabila bersama, saya tidak merasakan apa2 sehinggakan saya tidak pernah mencapai titik kepuasan (klimaks). Adakah normal? Atau saya perlu merujuk pakar mengenai permasalahan ini?
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh berlaku dan tidak semestinya merujuk kepada apa-apa masalah kerana kebiasaanya wanita lebih susah untuk mencapai klimaks berbanding lelaki.
Nasihat saya, anda cuba untuk berbincang dengan suami anda mengenai cara yang boleh memuaskan anda. Anda juga boleh cuba untuk membina keghairan secara perlahan-lahan dengan pelbagai cara sebelum terus membuat hubungan seks. Mungkin juga anda boleh mambuat pembacaan mengenai hal ini untuk membantu anda dan suami.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

































