Sulit
6 tahun
Tidak pasti dengan tanda kehamilan
saya mengalami mual dan loya pada waktu pagi, sakit pinggang dan kadang-kadang kejang bahagian perut, keluar sedikit cecair warna coklat cair melalui alat sulit… sepatutnya tarikh period saya lagi seminggu, perlu ke saya pergi buat checkup di klinik atau tunggu lagi seminggu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sindrom Premenstrual
- Kehamilan
- kesan sampingan ubat-ubatan
- Migraine
Anda disarankan menggunakan ujian kehamilan selepas seminggu lewat datang haid atau 2 minggu. Sila klik pada link dibawah untuk mengetahui cara menggunakan ujian kehamilan.
“Bagaimana menggunakan alat ujian kehamilan”
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































