
Sulit
4 tahun
Tidak period dan ada lendir darah
Saya berusia 30an, 7 hari lewat period bila check upt negatif,tapi bila kencing keluar lendir darah, adakah saya hamil atau masalah hormon,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu lewat haid 7 hari. Untuk makluman anda, selain daripada mengandung, haid yang lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Berdasarkan keterangan anda, anda boleh melakukan ujian kehamilan sekali lagi setelah dua minggu lewat haid daripada tarikh sepatutnya.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Sekiranya anda ragu tentang kondisi anda, sila ke klinik untuk lakukan ujian kehamilan lain dan pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!