
Sulit
4 tahun
Tidak period satu bulan
Hai doktor. Saya wanita berusia 23 tahun . Bulan 11 lepas saya tidak period. Adakah hari subur itu boleh terjadi bulan ini walaupun saya tidak haid bulan lepas? Kalau bersama dengan pasangan adakah potensi untuk hamil atau tidak ? Sekian .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tidak datang haid satu bulan. Untuk makluman anda, masalah ini dapat terjadi disebabkan oleh beberap faktor seperti:
- Mengandung
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Mengenai waktu subur wanita, anda boleh klik di sini untuk info lanjut.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau kerana tidak datang haid ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!