
norasfarina69
5 tahun
Tidak period selama 22 hari
Saya wanita 23 tahun dan saya mengalami lewat dtang haid selama 22 hari. Setiap hari saya akan sakit perut seperti sengugut. Last period 13/5 sampai skarang tak kunjung tiba. Semalam Saya dah cek upt -ve. Dalam tarikh tu sampai skrg saya ada mengalami demam dan gastrik mual2. Badan penuh lesu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah haid tidak teratur atau lewat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
• Gangguan hormon disebabkan oleh stres, emosi terganggu, kurang tidur atau letih
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat-ubatan seperti ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.