Sulit
3 tahun
Tidak pernah onani sepanjang hidup 22 tahun
Salam doc. Saya seoran remaja lelaki berumur 22 tahun dan masih belajar. Adakah normal bagi seseorang remaja lelaki jika saya tidak pernah beronani sepanjang hidup saya? Cuma dlm sebulan tu ada lah 2-3 kali saya alami mimpi basah yg mneyebabkan saya keluar mani walaupun saya tak ingat saya mimpi apa cuma yg pasti itu mani sbb ciri ciri nya yg putih bau macam telur dan lekat? Harap doc boleh jawab.
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, adalah normal untuk lelaki yang sudah akil baligh untuk mengalami mimpi basah dan kekerapannya adalah mengikut hormon. Aktiviti onani juga bukanlah sesuatu yang digalakkan untuk dilakukan kerana ia boleh membawa kepada pelbagai kesan buruk.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.