
Sulit
4 tahun
Tidak Puas Bernafas waktu malam
Saya perempuan bujang 31tahun. Sejak kebelakangan ini saya tidak selesa utk bernafas bila tidur malam. Saya juga tidak boleh tidur mengiring ke kiri kerana rasa lemas dan lenguh di bahagian kanan. Saya akan tidur dgn bantal agak tinggi utk dptkan nafas dgn baik. Kadang2 saya tidak puas bernafas dan pernah pergi klinik checkup doc ckp sy ada semput di paru2 kiri. Sy mendapat treatment gas utk kembangkan rongga paru2. Skrg sy diberi ubat cair darah dan batuk dan ubt kuat paru2 utk dimakan waktu malam. Persoalannye saya masih lg rasa tidak selesa dan pernafasan sy kdg2 sempit serta sengal2 di bahagian dada kiri saya. Beberapa kali saya ke klinik dan sy hy dpt ubat angin. Sebelum ini sy pnah gastril tetapi sudah tiada… Dan skrg sy menghadapi mslh bernafas pendek. Apa perly saya buat… Saya jd rasa takut… Apakah oenyakit saya ini? Penyakit ini sering berlaku malam dan aktiviti sy mula terjejas sbb tidak selesa.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sukar bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.