
Sulit
5 tahun
Tidak selesa bawah ketiak
Saya wanita berumur 25 tahun dan masih belum berkahwin…dalam masa seminggu ini bawah ketiak aya rasa berdenyut-denyut sehingga menimbulkan rasa tidak selesa…sakit tersebut sehingga ke bahagian tepi payudara kiri saya. Setelah bertemu doktor…doktor hanya menyatakan kemungkinan salah urat…kerana beberapa hari sebelum itu saya ada melakukan aktiviti di taman tema air…tapi sakit tetap berterusan…dan sy rasa masih tidak selesa dibahagian bawah ketiak sehingga menimbulkan kerisauan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tidak selesa di bahagian ketiak ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Lymphadenitis ialah pembesaran kelenjar limpa akibat jangkitan
- Hidradenitis supurativa masalah kulit yang menyebabkan timbul ketulan kecil-kecil di lapisan bawah kulit
- Folliculitis - keradangan folikel rambut
- Epidermal cyst benjolan bawah kulit
- Limfoma - kanser sistem limfa
- Fibroadenoma - ketumbuhan jinak (bukan kanser)
Sebaiknya anda medapatkan pemeriksaan doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan. Hal ini kerana dikhuatiri terdapat masalah jangkitan yang sekiranya dibiarkan tanpa dirawat akan menjadikan ketulan dan rasa tidak selesa semakin parah.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.