
Sulit
3 tahun
Tidak selesa di bahagian kiri dada
Selamat pagi. Saya sering berasa tidak selesa di bahagian dada kiri terasa seperti menyucuk atau mengigit. Apabila saya membuat urutan ringan saya akan sendawa beberapa kali dan dada akan kembali selesa untuk beberapa waktu sebelum kembali ke keadaan begitu semula. Paling merumitkan apabila kadang kala ianya datang bersama rasa cemas, panik, jantung laju, sedikit sesak nafa dan terasa melayang ketika berdiri dan berjalan.
Buat pengetahuan doc. Saya pernah di-diagnose memiliki GERD pada 2016 kemudian ianya beransur pulih setelah saya mengamalkan diet sihat dan konsumi ubatan.
Pada awal 2020 lalu saya pernah mengalami perasaan panik, jantung kencang,sesak nafas dan terasa hendak pitam ketika pulang dari gym. Sebelum itu saya telah mengambil 1 cup kopi dan merokok.
Keadaan begitu makin parah semasa PKP 1.0 dilaksakan dan berpanjangan hampir setahun sehinggakan saya rasa hilang keyakinan diri, takut. Emosi terganggu dan sering berfikirkan tentang kematian.
Sy telah membuat rujukan dan pemeriksaan pakar Gastro dan kardio dan keputusan dari pemeriksaan adalah positif. Ujian darah juga tidak menunjukkan sesuatu yang abnormal kecuali kolestrol saya sedikit tinggi. Result xray juga ok.
Cuma sekarang saya masih berasa menyucuk di bahagian dada seperti penerangan saya di perenggan pertama di atas.
Mohon pandangan pihak doc. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah psikologi:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Kekurangan rehat
- Masalah jantung
- Hipertiroid
- Refluks asid atau GERD
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca gejala yang dialami oleh anda berdasarkan soalan sahaja kerana pemeriksaan lanjut dan maklumat lanjut adalah diperlukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda masih berfikiran tentang kematian dan gejala-gejala yang dialami mengganggu anda secara fizikal dan mental, kami galakkan anda untuk bertemu dengan kaunselor atau doktor pakar psikiatri.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan memerlukan pandangan kedua, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.