
Sulit
4 tahun
Tidak selesa di dada kiri dan panas di leher
Saya umur 36 tahun. Dalam seminggu saya kurang tidur kerana buat kerja, biasa dpt tidur pukul 4pg bangun subuh tidur semula hingga 10pg dan sambung kerja di komputer. Semalam lepas selesai semua kerja baru saya berehat. Tapi malam rasa mencengkam (tidak sakit) di satu point kecil, antara breast kiri dan bahu kiri. Sekejap dalam beberapa saat. Pagi ini sekali lagi tapi disertai rasa panas di leher kiri ke telinga. Badan terus seram sejuk. Kemudian hilang. Makluman, saya pernah dikesan anxiety yg tinggi. Apakah masalah saya? T.kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu tidak selesa pada dada kiri dan panas di leher. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masih mengalami masalah batuk/sakit dada/batuk berdarah? Pakar paru-paru sedia membantu!
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Seperti yang dinyatakan di atas, sakit dada sebelah kiri atau sakit mencengkam berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Penyakit ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda secara mengejut. Anda sangat digalakkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai sakit dada yang berterusan atau yang memenuhi ciri-ciri sakit dada angina.
Antara ciri-ciri sakit dada angina ialah rasa berat atau menekan di dada, sakit dada datang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal dan hilang apabila berehat. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, kemungkinan penyakit serius boleh dikesan dengan bantuan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal
Antara punca lain berlakunya sakit dada di bahagian kiri adalah:
- Radang paru-paru
- Jangkitan paru-paru
- Sakit pada bahagian otot, tulang dan saraf dada
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih