
Sulit
5 tahun
Tidak selesa di pangkal pundi kencing
Sy mengalami seperti kencing tidak lawas…terasa tidak selesa dibahagian pangkal saluran kencing…selain itu jugak di mulut & bibir saya ada seperti fungus sedikit…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kesakitan yang dialami pada bahagian sulit anda mungkin disebabkan oleh radang kerana terdapat jangkitan pada saluran kencing anda, penyakit kelamin, radang kulit akibat alahan. Sekiranya anda mempunyai jangkitan saluran kencing, doktor juga perlu membuat ujian kencing untuk menentukan kumannya sebelum memberikan ubatan yang sesuai.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.