Sulit
3 tahun
Tidak selesa menelan
Doktor… pada hujung bulan 8 saya mengalami sakit tekak dan selesema sederhana. Beberapa hari kemudian baru saya mengalami batuk yg sederhana juga. Saya ada mengambil ubat dari farmasi iaitu ubat selesema tapi saya stop bila dah kurang selesema tapi batuk pulak. Kemudian saya tiba2 merasakan kurang selesa masa menelan. Seolah olah seperti ada sekatan di bahagian dalam tekak. Contoh seperti ada makanan yang tersekat di situ tetapi saya tak ada masalah semasa makan atau minum. Boleh tak doktor terangkan punca masalah saya ni. Terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
dehidrasi
radang pharynx
jangkitan virus common cold
Postnasal drip
Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
Refluks asid dari perut
Radang tonsil
Mononucleosis
Gonorrhea
Sakit tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.