
ingressuseonly
5 tahun
Tidak selesa pada bahagian testis
saya lelaki 37 tahun berkahwin. kerja sy memerlukan sy banyk bejalan. masalah sy tidak selesa pada testis kanan hingga ke bawah paha dan ke pinggang kanan. Air mani sy juga kurang… Adakah ini tanda sy mengalami penyakit lelaki?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami memerlukan maklumat lanjut tentang ketidakselesaan yag anda hadapi. Adakah ia sakit atau berasa senak dan sebagainya. Jika ia sakit, hal ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- testicular torsion - buah zakar berbelit
- epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.