
Sulit
5 tahun
Tidak selesa tekak & bernafas
salam sejahtera doktor, saya berumur 23tahun. saya mengalami ketidakselesaan di bahagian tekak, saya berasa lemas ketika baring dan saya susah tidur bila fikirkan sebabnya. saya sering sendawa yg besar kerana saya mempunyai angin yg teruk dari be berapa tahun lepas. kadang kala, bila saya sendawa, tekak saya berasa masam dan rasa nak muntah. saya dah alami masalah tekak ni dari 5hari lepas. tiada benjolan dari luar leher atau tekak tak merah. Mohon penjelasan dan pendapat doktor. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.