faroukahmed

5 tahun

Tidak seperti dulu

Masalah saya adalah batangnya tidak menjadi keras seperti dulu? adakah ini dikatakan mati pucuk? ada ubat utk disyorkan bgi keras seperti dulu?

Hai, terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Mengenai masalah anda, seorang lelaki dikatakan mati pucuk atau mengalami “erectile dysfunction” apabila dia gagal untuk mencapai ketegangan pada batang zakar ketika melakukan hubungan seksual atau gagal mengekalkan ketegangan batang zakarnya selepas mencapai ketegangan batang zakar tersebut.

Mati pucuk boleh terjadi kepada seseorang akibat beberapa faktor. Ia adalah sama ada sesorang itu mempunya masalah dengan emosinya, salur darah pada zakar, masalah saraf atau masalah hormon. Masalah emosi contohnya seseorang yang mengalami kemurungan, gangguan fikiran atau masalah dalam hubungan dengan pasangan. Contoh kerosakan atau halangan dalam salur darah ke zakar adalah seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kecederaan pada zakar boleh menyebabkan gangguan pada salur darah dan saraf turut boleh menjadi punca.

Berjumpa dengan doktor adalah perkara yang paling disarankan untuk anda yang menghadapi masalah ini.

Hai, Selamat Petang Encik. Terima kasih untuk soalan encik.

Mati pucuk atau dikenali sebagai erectile dysfunction ialah merupakan satu situasi di mana seorang lelaki gagal untuk mencapai ereksi yang membolehkan aktiviti seksual seperti bersetubuh dan masturbasi daripada berlaku.

Kebanyakan daripada pesakit-pesakit yang mengalami masalah ini adalah daripada kalangan golongan yang telah berusia. Mereka merupakan golongan yang semakin meningkat usia dan mempunyai pelbagai risiko-risiko yang boleh menyebabkan mati pucuk seperti kencing manis, kolesterol tinggi, gaya hidup tidak sihat, obesiti, kegagalan tisu endothelial, hormon yang semakin berkurangan dan faktor usia itu sendiri.

Untuk merawat mati pucuk, doktor perlu mengenalpasti punca-punca dan maklumat-maklumat yang lebih terperinci berkenaaan pesakit. Jika pesakit tersebut masih muda serta mempunyai gaya hidup yang tidak sihat dan berat badan yang berlebihan, adalah digalakkan supaya pesakit mencuba untuk menukar gaya hidup yang lebih sihat terlebih dahulu dan berusaha untuk menurunkan berat badan kerana ia boleh membantu di dalam merawat kondisi mati pucuk.

Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang rawatan-rawatan yang boleh digunakan di dalam merawat kondisi mati pucuk.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera, terima kasih untuk soalan anda.

Masalah mati pucuk mungkin merupakan tanda peringatan utama penyakit kardiovaskular yang menunjukkan penyumbatan sedang terbina di dalam sistem vaskular lelaki. Sesetengah kajian menunjukkan lelaki yang menghidapi mati pucuk mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat serangan jantung, strok atau masalah peredaran darah di kaki. Bukan itu sahaja, penyakit kencing manis boleh menjejaskan kedua-dua saluran darah dan saraf yang membekalkan zakar. Lelaki yang sedang menghidapi diabetes mempunyai risiko empat kali ganda untuk mengalami mati pucuk.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)