
Sulit
3 tahun
Tidak tahu jenis sakit
Saya remaja lelaki,saya ada kudis di bahagian paha dan punggung. Tapi saya tidak pasti jika ianya adalah kudis kerana ia tidak gatal.ia berbentuk bulat seperti cincin. Bahagian luar warna putih dan bahagian dalam warna hitam.ianya tidak gatal

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini memerlukan pemeriksaan yang lebih secara fizikal untuk kami memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Secara amnya, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Ekzema
- Psoriasis
- Dermatitis
- Jangkitan kulat
- Pityriasis rosea
- Granuloma annulare
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.