Anonymous
6 tahun
Tidal haid selama 2bulan
Hi doctor . Saya Sabrina berumur 23thun . Sy sudah berkahwin Dan Ada seorang anak 1.5 tahun . Sy bersalin secara C-section. Sy pengguna perancang keluarga IUCD . Tahun ni masuk setahun sy guna perancang tersebut . Yang menjadi masalah sy tidal dtg hair selama 2bulan . Haid terakhir sy of February 2019 . Sy sudah pun mengambil ujian kehamilan tetapi negatif . Tetapi perut sy terasa penuh Dan tak selesa . Tolong sy doctor .sy tidak mahu anak lagi buat masa sekarang .
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah haid lambat yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!


























