
Sulit
4 tahun
Tidang datang period 3bulan
Saya umur 17tahun, masa 16tahun, bulan 10 saya baru first time datang period tapi sekejap jek dalam tiga hari, lepastu sekarang dah 3bulan saya tak datang period, apa sebabnya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kehamilan
- Ketidakstabilan hormon
- Berat badan: Berat badan berlebihan boleh mengganggu kitaran haid seseorang
- Tekanan emosi atau stres
- Sindrom polisistik ovari (PCOS)
- Penggunaan perancangan keluarga (pil perancang, suntikan, implan, peranti intrauterin)
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh alirannya pula adalah di antara 2 hingga 7 hari. Kami sarankan anda untuk merekodkan kitaran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.