
Sulit
4 tahun
Tidur dada rasa sesak
Saya berumur 24 tahun.semasa saya bersekolah saya kerap mengalami masalah ketika tidur iaitu rasa sesak nafas,dada sakit,mimpi berulang.saya cuba nak bangun tapi mata rasa berat,dada rasa ditekan.sekarang saya alami perkara sama sekali lagi…tolong saya.apa yang patut saya buat

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sesak nafas ketika baring dan dada seperti ditekan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- kegagalan jantung ( heart failure )
- Anxiety
- hidung yang tersumbat
- hipoventilasi akibat obesiti
Anda mengalami kesukaran bernafas ketika baring? Dapatkan kelegaan segera.
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda kerap mengalami masalah kesukaran bernafas.
Oleh itu, jika anda masih mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih