Sulit
3 tahun
Tiga (3) Soalan berkaitan Kes COVID-19 di Pejabat
Salam Sejahtera Dr. Saya ada beberapa soalan berkaitan Kes COVID-19 yang ingin ditanyakan.
Apakah prosedur untuk ‘isolation of COVID-19 suspected case’ dan kriteria-kriteria ‘isolation room’?
Apakah langkah yang diperlu dilakukan untuk dispose face mask?
Bagi COVID-19 suspected case, adakah seluruh pejabat perlu diinfeksi seperti COVID-19 confirmed case?
Sekian, terima kasih.
3 tahun
Terima kasih
Untuk pengetahuan anda, tiada garis panduan yang jelas berkenaan dengan jenis serta kriteria untuk bilik isolasi asalkan ia mampun untuk mengasingkan pesakit daripada orang luar.
Topeng muka seharusnya dibuang ke dalam plastik kuning jika di fasiliti kesihatan namun kalau di tempat biasa cukup sekadar membuang ke dalam tong sampah yang betul dan elakkan daripada menyentuh topeng muka tersebut. Setelah itu, cuci tangan mengunakan sabun.
Sebaiknya pejabat anda menjalani disinfeksi sekiranya terdapat kes positif.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini