
Sulit
5 tahun
Timbul biji biji putih pada kemaluan
Saya wanita 20’a pada kemaluan saya timbul biji biji putih bnyk dan menyebabkan pedih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan gejala biji putih dan pedih pada kemaluan anda, antaranya:
- Jangkitan kulat atau kandidiasis
- Jangkitan penyakit kelamin
- Radang pada kemaluan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi merawat masalah yag anda hadapi dengan tepat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.