
Sulit
4 tahun
Timbul bintik merah pada kemaluan
Saya wanita berumur 26 tahun. Dua tiga hari ni saya merasakan gatal pada kemaluan saya. Bila saya dapati. Ada bintik2 merah sekitar vulva saya. Ia gatal dan pedih apabila terkena air. Adakah ia akan bawa kesan buruk. Saya sangat takut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bintik-bintik merah dan kegatalan yang terdapat pada kemaluan anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jerawat
- Jangkitan herpes genital - dari virus yang boleh menyebabkan selesema
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Penyakit gatal seperti lichen sclerosis/planus
- Alahan dermatitis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.