
Sulit
5 tahun
Timbul kudis di kulit (e.g kaki)
Saya lelaki berusia 28thn. Masalah saya adalah, sejak 2@3 minggu yang lepas, kaki saya terutamanya timbul bintik-bintik merah. Dan saya menggaru bintik-bintik merah itu. Sekarang bintik-bintik merah itu sudah menjadi kudis berair. Dan ia gatal. Apakah tanda-tanda itu? Terima Kasih dokter

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bintik kemerahan berair yang gatal boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dermatitis venenata akibat gigitan sejenis serangga
- herpes zooster - sejenis reinfeksi oleh virus cacar air pada orang yang pernah terkena sewaktu kecil
- dermatitis contact
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.