
Sulit
4 tahun
Timbulan di testis kiri
saya seorang lelaki berusia 19 tahun, saya mendapati terdapat timbulan timbulan bonjol di testis sebelah kiri saya sejak usia 14 tahun. saya menganggap ia sebagai urat di testis dan ia adalah normal. baru baru ini saya terbaca artikel mengenai cancer testis. adakah timbulan di testis saya adalah simptom cancer testis? tahun lps saya pernah mengalami senak di bahagian bawah perut yang teruk. tetapi setelah membuat pemeriksaan, doctor mengesahkan bahawa saya diserang gastris

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala benjolan yang terdapat pada testis sebelah kiri sejak anda berumur 14 tahun, dan mengalami sakit senak pada perut yang dihadapi baru-baru ini.
Untuk makluman anda, kanser testis merupakan sejenis ketumbuhan yang malignan atau tidak terkawal yang pada organ testis. Berikut merupakan simptom-simptom dan tanda-tanda kanser testi, iaitu:
- Testis yang bengkak pada satu belah ataupun kedua-duanya.
- Terdapat ketulan pada testis, yang tidak sakit apabila disentuh.
- Terasa seperti testis berat sebelah atau terasa bengkak
- Cecair yang terkumpul dalam testis
- Sakit kekusaman pada bahagian kulit testis atau celah kangkang
- Rasa sakit pada bahagian payu dara lelaki
- Mengalami akil baligh pada usia yang muda
- Kaki bengkak
- Sesak nafas
Sekiranya kanser tersebut merebak ke organ lain atau kawasan badan yang lain, anda mungkin akan mengalami:
- Sakit perut
- Sakit belakang
- Sesak nafas
- Sakit dada
- batuk berdarah atau kahak berdarah
- Sakit kepala dan kepeningan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Simptom yang anda alami iaitu terasa senak pada perut mungkin berkait dengan ketulan yang anda hadapi tersebut. Ia juga mungkin disebabkan oleh masalah keradangan perut gastritis yang diperihalkan oleh doktor anda. Jika betul, maka anda akan mengalami simptom-simptom lain seperti muntah, loya, sakit pedih ulu hati, serta masalah penghadaman. Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekali lagi mengenai timbulan yang terdapat pada testis, agar mendapatkan punca masalah anda dengan lebih tepat.
Untuk makluman anda, ketumbuhan bonjol pada testis tidak semestinya adalah menandakan kanser testis yang khusus. Ia juga boleh disebabkan oleh:
- Varicocele, iaitu sejenis salur darah kembang.
- Hydrocele, iaitu sejenis pengumpulan cecair dalam testis
- Epidermal cyst, iaitu ketumbuhan sista pada organ yang melekat pada testis (epididymal)
- Testicular torsion atau penyakit kilasan testis
- Penyakit angin pasang (Hernia)
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom kanser yang dinyatakan di atas, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini bagi memulakan pencegahan awal daripada penyakit-penyakit yang tidak diinginkan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah