
Sulit
4 tahun
Tinggi Badan Tidak Ideal
Saya mengalami masalah tinggi badan kurang ideal, saya dapati mungkin kurangnya hormon pertumbuhan, adakah patut saya ambil pil hgh yang boleh membantu untuk tumbesaran/meninggikan tulang?, kalau boleh, bagaimanakah saya boleh mengamalkannya supaya tiada kesan negatif pada masa akan datang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah tinggi badan yang anda alami. Untuk makluman pihak anda, kalsium adalah prasyarat untuk pertumbuhan tulang yang sihat dan juga membantu kita untuk tumbuh tinggi. Ianya mendorong penyerapan kalsium yang diperlukan untuk menghasilkan tulang yang kuat dan membantu pertumbuhan serta mencegah penyakit seperti scurvy, sakit sendi dan anemia.
Produk kesihatan yang ada di pasaran adalah makanan tambahan dan bukannya ubat-ubatan. Produk seperti ini tiada kajian yang mendalam mengenainya tidak seperti ubat-ubatan hospital untuk mengetahui kesan baik serta buruk dan kebiasaannya bergantung pada testimoni sahaja. Oleh itu, sukar untuk saya mengulas mengenai makanan tambahan yang anda tanya.
Di samping itu, walaupun faktor utama yang mempengaruhi ketinggian seseorang adalah genetik, banyak faktor lain yang dapat mempengaruhi ketinggian semasa perkembangan, termasuk pemakanan, hormon, tahap aktiviti, dan keadaan perubatan. Oleh itu, ketinggian bukan satu perkara yang mudah untuk dimanipulasi.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.