
aimiazizahshafie
4 tahun
Tips atau suggestion bagi pesakit anemia
Saya ada baca beberapa artikel, dan dan saya penghidap anemia hemolytic. Adakah bagus jika saya mengambil ubatan atau supplement seperti byoung dari zhulian atau eskayvie yang mempunyai kelulusan kkm untuk meningkatkan tahap immunie system saya? Selain dari bergantung terhadap ubatan hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, sistem imun badan memerlukan pemakanan yang seimbang serta akitiviti riadah yang mencukupi untuk menjadi kuat dalam melawan virus atau kuman sekeliling. Saya memerlukan maklumat lanjut tentang jenis haemolytic anemia yang anda hadapi dan rawatan anda terima kerana dikhatiri terdapat interaksi rawatan perubatan di hospital dengan supplemen tersebut. Jika ini berlaku, bukan sahaja imun sistem anda akan menjadi lemah tetapi masalah anemia anda akan meneruk.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.