
Sulit
2 tahun
Tiriod storm dan jantung
Haii Doc sya nk tanya…sya slalu alami bengkakkan di kaki dan betis, jantung laju sukar tuk dikawal…sukar tuk tidur mlm kadang sampai berhari sya tk blh nk tidur…bantu sya doc ape yg harus sya lakukan tuk hentikan sakit ni…bdn senantiasa lemah dah sakit kepala…mohon pencerahan doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkaitan dengan masalah pada kelenjar tiroid, seperti jantung berdebar, sukar untuk tidur serta kelesuan dan sakit kepala. Anda juga mengalami gejala bengkak di kaki dan betis. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, penyakit umum berkaitan dengan kelenjar tiroid adalah hipertiroidisme, di mana anda menyatakan bahawa anda rasa jantung berdebar, sukar untuk tidur serta kelesuan dan sakit kepala. Gejala lain yang menunjukkan hypertiroidisme adalah kegelisahan, berpeluh banyak, intoleransi panas, gegaran, kelemahan otot, penurunan berat badan, mata menonjol dan masalah penglihatan.
Selain itu, penyakit hipertiroidisme tanpa rawatan yang tepat untuk jangka masa panjang akan menyebabkan kelemahan fungsi jantung di mana gejalanya, sesak nafas, jantung debar, sakit dada, bengkak kaki, sesak nafas semasa tidur, sukar bernafas semasa baring. Sila rujuk doktor dengan segera sekiranya terdapat gejala seperti ini.
Namun begitu, anda memerlukan ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut untuk mendapatkan penyebab hipertiroidisme dan kondisi jantung anda.
Jadi, untuk mengetahui punca sebenar masalah pada kelenjar tiroid anda serta gejala, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan pakar perubatan kami.