
Sulit
3 tahun
Tiroid ganggu kesuburan?
Saya wanita 30an, selepas melahirkan anak sulung pada 2017, nurse perasan yang kelenjar tiroid saya besar sedikit. Jadi saya buat scan dan doktor inform yang kelnjar tiroid saya besar sebelah dan sarankan saya untuk rujuk pakar. Namun pada masa yg sama saya ada masalah kesihatan yg lain dan shingga kini masih belum mrujuk pakar. Saya perasan selepas melahirkan period saya panjang lebih 10 hari dan untuk hari 1-2 saya mengalami heavy flow with clots. Adakah ini disebabkan tiroid? Dan saya cuba untuk pregnant lagi tapi masih belum ada rezeki.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Kadangkala, punca menstruasi berlebihan disebabkan oleh apa-apa penyakit atau keadaan yang boleh menjejaskan struktur dan fungsi rahim dan ovari seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah
- Penggunaan intrauterine contraceptive device atau IUCD
- Ganggguan anatomi
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik
- Kanser di pintu rahim atau dinding rahim
atau gangguan dari organ yang lain seperti:
- Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Sistem bekuan darah yang tidak normal
- Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Anda perlu segera berjumpa doktor yang terdekat semula, sekiranya mengalami:
- Pitam atau kelesuan badan
- Kejang atau menggigil
- Mual dan muntah
- Pening atau sakit kepala yang berat
- Aktiviti atau kerja harian amat terganggu
Oleh itu, untuk memastikan kerisauan jika anda ada peluang untuk hamil, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.