
Sulit
4 tahun
Tisu dubur koyak dan membesar
Salam sejahtera doktor. Saya mempunyai masalah di mana ada tisu di bahagian dubur saya terkoyK. Sudah beberapa bulN perkara ini terjadi. Setiap kali selelas membuang air besar saya akan merasa tak selesa dan sedikit pedih di bahagian luka dan kadang² tiada rasa sakit. Cuma beberapa hari lepas, tisu yg koyak itu membesar dan saya rasa risau. Tisu itu makin menyebabkan saya sakit dan berasa tidak selesa apabila membuang air besar. Harap doktor dapat membantu saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- anda selalu meneran dan sembelit menyebabkan luka
- jangkitan virus Herpes
- Penyakit radang Usus (CROHN’S DISEASE)
- Autoimun seperti Sindrom Behcet
- Trauma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.