
Sulit
5 tahun
Tisu kulit berhenti memperbaiki tisu lama yang rosak
Saya seorang remaha berumur 19 tahun dan seorang yang berkulit gelap. Pada akhir bulan lapan saya mengalami lecur second degree di salah satu jari saya. Tisu kulit mula memperbaiki namun terhenti sehingga hari ini. Hasilnya sebahagian kulit jari saya kelihatan putih kerana tisu kulit sudah berhenti membiak. Boleh saya tau kenapa dan apa yang perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, proses perbaikan luka bakar adalah tidak dapat diramalkan dan dapat mengambil masa sehingga dua tahun untuk kembali ke rupa asal. Selain ubatan, antara yang boleh diamalkan bagi memastikan perbaikan kulit yang optimum adalah:
- Elakkan daripada malnutrisi dan anemia
- Pemakanan telur, minyak kacang dan suplemen-suplemen yang baik untuk kulit
- Elakkan jangkitan
Bagi info tambahan sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami atau klik link ini link (DoctorOnCallEPharma) untuk bertanyakan tentang ubat kepada pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.