
Sulit
5 tahun
Titisan darah keluar
2 minggu lepas, ada titisan darah yg keluar. Beberapa hari kemudian saya sakit pinggang. Sekarang perut saya jugak sakit dan mengeras sampai saya terjaga dari tidur. Adakah ini tanda tanda kehamilan? Tapi saya hanya melakukan 4 hari sebelum period dan tiada pancut didalam. Ada peluang juga ke untuk hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk makluman anda, terpat 4% risiko kehamilan bagi aktiviti seksual yang mengeluakan zakar.
Sekiranya anda mengesyaki anda hamil, anda boleh menggunakan ujian UPT.
sila klik pada link ini untuk mengetahui cara menggunakan UPT dengan betul.
(Ujian kehamilan)
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.