Sulit
6 tahun
TMJ disorder (rahang terkunci)
Saya wanita berusia 23 tahun dan baru-baru ini selepas bangun tidur, saya mengalami rahang terkunci / TMJ disorder. Dan saya perasan ada benjolan kecil di tempat rahang yang sakit. Cuma ketika makan atau menguap akan ade bunyi ‘klik’ apabila saya membuka mulut dengan luas.
1)Apa yang patut saya lakukan untuk memastikan rahang berada di tempat yang betul?.
bolehkah TMJ disorder sembuh dengan sendiri tanpa perlu berjumpa dengan doctor?
bolehkah saya kompress rahang sakit dengan tuala panas sebelum mengurutnya sendiri?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah di bahagian rahang boleh jadi disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Akibat dislokasi yang terjadi kerana membuka mulut terlalu luas atau trauma
- Jangkitan kelenjar limfa yaitu limfadenitis
- Bell’s Palsy
- Trigeminal neuralgia
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































