
Sulit
3 tahun
Toads masalah cuma ingin panjangkan zakar Dan besarkan
Sy lelaki berumur 34 tahun…ingin panjangkan zakar Dan besarkan bagaimana dgn cara cepat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham keinginan anda untuk membesarkan dan memanjangkan zakar anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh anda, kajian mendapati tiada cara atau teknik khusus yang boleh digunakan untuk memanjangkan dan membesarkan zakar dengan cara semulajadi, melainkan dengan melakukan pembedahan
Untuk pengetahuan anda, saiz dan panjang zakar ditentukan oleh beberapa faktor :
- Genetik
- Tahap hormon semasa pembentukan janin dan semasa baligh
- Kurang nutrisi
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.