
Sulit
3 tahun
Tompok berwarna koko pada tapak kaki/ tapak tangan dan badan
Saya wanita 23 saya ingin bertanya… Baru² ini saya perasaan ada tompokan koko pada badan tapak kaki dan tapak tangan adakah ia bahaya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan kulat/fungi
- Kulit kering
- Alahan
- Ekzema
- Psoriasis
- Systemic Lupus Erythematosus
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!