Sulit
6 tahun
Tompok darah berpanjangan
Saya wanita umur 25tahun. Saya keluar darah sejak 5bulan yg lalu. Semasa haid, darah haid akan keluar seperti biasa, kuantiti biasa selama 6-7hari. Sebelum dan selepas waktu haid, saya kluar darah yg seperti tompok,besar tapak tangan, dan merah gelap atau coklat gelap. Darah ini berterusan keluar setiap hari. Saya hanya dapat bezakan dengan waktu haid kerana semasa haid, darah yg keluar lebih banyak dari tompokan sehari2x yg kluar…
Saya tidak kerap mngalami sakit perut wlaupn smasa haid. Hanya satu atau dua hari dalam sebulan.
Saya mempunyai berat badan 48kg dgn tinggi 158…
Apakah yg trjadi sma saya ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tompokan berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























