
hazarsyg
5 tahun
Tompok merah pada kulit
Saya wanita berusia 23 tahun… Dibahagian kaki saya… daripada betis hingga ke peha ada tompok tompok merah… Yang makin hari makin banyak… dan di kwsan merah² tu terasa sakit… Lutut saya juga terasa sakit… pergelangan kaki dan tangan juga terasa sakit dan menyebakan saya susah untuk bangun dan duduk. Apabila bangun tidur rsa sakit apabila pijak lantai… Kadang2 hingga terpaksa jalan berjengket-jengket. Saya selalu rasa pening kepala… Dan rasa lenguh² badan… Siku saya juga terasa sakit apabila ingin mengangkat sesuatu… boleh doktor jelaskan kenapa dan apa yang haris saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Henoch-Schonlein Purpura.
- “Auto-immune disease” - Psoriatic arthritis, Autoimmune vasculitis
- Kencing manis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar kulit terlebih dahulu. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
ulit