
Sulit
4 tahun
Tompok putih pada wajah bayi
Bayi saya berusia 9bulan… Ada tompok kan putih seakan panau dia pipi, dahu dah lengan… Bagaimana cara untuk menghilangkan nya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang bayi anda hadapi iaitu tompokan putih seakan panau di pipi, dahu dan lengannya.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah tompokan putih yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang menghidapi bayi anda ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat/fungi
- Kulit kering
- Alahan
- Ekzema
- Psoriasis
- Systemic Lupus Erythematosus
Untuk mengetahui punca masalah yang bayi anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Keadaan kulit seperti warna dan juga persekitarannya perlu untuk diteliti untuk mendapatkan konklusi berkenaan dengan masalah yang anda hadapi
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah yang dihidapi bayi anda ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.