
Sulit
4 tahun
Tompokan darah dibawah kulit
Hi.Doc. Saya wanita berusia 33 tahun (mempunyai sejarah penyakit Hep.B). Saya mempunyai masalah tompokan/percikan darah(seperti bekas tusukan jarum) di bawah kulit. Biasa terjadi apabila saya mengeliat/melakukan sesuatu aktiviti yg memerlukan saya memberikan tekanan kepada tubuh. Untuk makluman doktor, saya mempunyai darah yang agak cair dan apabila terluka, darah lambat berhenti. Tompokan darah ini mula timbul beberapa tahun lepas tapi saya tidak menganggap ianya serius memandangkan tiada rasa sakit ataupun gatal. Tetapi akhir2 ini, tompokan darah tersebut agak banyak wpun bukan dalam skala yg besar. Lebih ketara jika sy cuba untuk membuat regangan badan. mohon pandangan doktor. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tompokan yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- bleeding disorder (darah lambat beku bila luka)
- kekurangan vitamin C
- ubat seperti heparin dan warfarin
- saluran darah lemah
- keradangan saluran darah
- jangkitan seperti HIV dan Hepatitis
- aktiviti yang menyebabkan anda untuk meneran
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.