Anonymous
4 tahun
Tompokan darah pada pakaian dalam tanda hamil atau tidak
Sy br mendirikn rumah tangga dgn seorang gadis berusia 21 tahun baru2 ini isteri sy lambat dtg haid kami telah membuat pemeriksaan kehamilan melalui pargnent test tp keputusan negatif dan hari ini isteri sy memberi tahu terdapat tompokan darah pada pakaian dalam nya berwarna merah kecoklatan apakah maksud nya doktor adakah itu tanda awal kehamilan terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, bagi mengesahkan status kehamilan isteri anda, ujian upt boleh dilakukan sekali lagi atau terus ke klinik bagi mengesahkan status kehamilannya. Terdapat ujian lain yang lebih sensitif yang hanya dilakukan di klinik.
Tompokan darah tersebut boleh jadi darah haid atau darah dari implantasi janin atau penyebab yang lain. Bagi membuat kesimpulan berkaitan hal ini, konsultasi lanjut adalah diperlukan. Anda boleh boleh berjumpa doktor atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.