
Sulit
4 tahun
Tonsil anak umur 4 tahun bengkak,tapi dia tak sakit
Anak saya umur 4 tahun…
Tonsil dia bengkak…
Tapi dia tak sakit pun…
Berat badan dia 12 kg walaupun dah berumur 4 tahun…
Adakah itu normal?
Bila dia makan,dia suka kemam dan ambil masa yang lama untuk makan…
Macam sukar menelan…
Kalau makanan pedas sedikit memang tak boleh makan lansung
Adakah masalah ini berbahaya?
Apakah yang perlu kami lakukan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tonsil yang disangka bengkak, terkadang boleh melibatkan gejala penyakit yang lain antaranya:
- Radang tonsil atau Tonsillitis
- Radang peritonsil
- Ketumbuhan dalam tekak
- Radang atau abses tekak
- Globus makanan
- Terdapat bahagian yang sempit pada laluan tekak “stricture”
Saya sarankan anda untuk merujuk ke doktor dalam waktu yang terdekat kerana dikhuatiri gejala tersebut boleh menggangu saluran pernafasan mahupun saluran makan.
Namun buat sementara waktu anda boleh memastikan si kecil:
- berehat secukupnya
- kerap minum air
- berada dalam persekitaran yang lembab atau menggunakan humidifier
- makan atau minum cecair yang hangat atau sejuk
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).