Anonymous
6 tahun
Tonsil and bengkak kawasan dalam mulut
Haii doc … Sy luluu umur 21y , sy surii rumaa , sy mauu brtnyaa , mtcm mana memudahkan tonsil cepat hilang ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tonsil biasanya akan membengkak sebagai satu tindak balas atau reaksi terhadap benda asing seperti jangkitan virus dan bakteria. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan tonsil bengkak antaranya ialah:
- Tonsillitis
- Infeksi
- Hyperplasia atau Hypertrophy- yaitu berlaku pembesaran tidak normal tonsil palatal
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




























