
zakhirekicil95
6 tahun
Tonsil Bengkak Dan Perut X selesa
Saya Lelaki Berumur 24 thn Perlu Ke sya Membuat pembedahan Untuk Tonsil Saya Sakit Selama 2 Minggu
Cirit Birit Selama 4 Hari

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, tidak semua bengkak tonsil memerlukan pembedahan. Jadi anda tidak perlu merasa terlalu risau.
Punca bengkak tonsil selalunya adalah akibat jangkitan bakteria. Pesakit yang mengalami bengkak tonsil seringkali turut mendapat simtom lain seperti demam, sakit tekak, nafas berbau, sukar dan sakit untuk menelan serta bengkak pada kalenjar leher. Selain itu, pesakit yang mengadu bengkak tonsil juga mungkin disebabkan nanah pada bahagian peritonsillar yang terletak di keliling tonsil. Penghidap masalah ini selalunya akan mengalami demam, sakit tekak yang teruk, air liur meleleh, nafas berbau, sukar membuka mulut, dan perubahan suara.
Rawatan bagi masalah bengkak tonsil adalah melalui terapi sokongan seperti pengambilan air yang cukup, pemakanan yang seimbang dan mencukupi serta ubat untuk mengurangkan demam dan kesakitan. Namun begitu, pembedahan perlu dilakukan bagi pesakit yang mempunyai kriteria seperti:
- Bengkak tonsil lebih enam kali dalam setahun
- Bengkak tonsil lima kali dalam dua tahun berturut
- Mengalami jangkitan pada tonsil atau adenoid tiga kali atau lebih dalam 3 tahun berturut meskipun telah mendapat rawatan secukupnya
- Kriteria lain seperti demam dengan suhu melebihi 38 darjah, bengkak kalenjar leher, nanah pada tonsil, atau mengalami masalah seperti kesukaran bernafas ketika tidur
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.