
muzamirizham
5 tahun
Tonsil bengkak dan tekak terasa pahit
Saya lelaki berusia 41 tahun. Menghadapi bengkak tonsil pada 28 Mac lalu. Setelah mengambil ubat di klinik tonsil semakin mengecil bagaimanapun tekak masih terasa seperti terdapat benda kecil tersekat. Sy telah berkumur dgn air garam. Apakah nasihat doktor selanjutnya? Sy telah membuat ujian risiko covid dan menerima risiko minima

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, rasa sesuatu di tekak boleh disebabkan oleh banyak perkara lain, antaranya:
Jangkitan kuman
Radang tonsil
Radang tekak
Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
Masalah tiroid
Tersekat benda asing
Gejala tekak terasa ada sesuatu tidak merujuk kepada jangkitan coronavirus. Tambahan pula anda berisiko minima. Maka, saya menasihati supaya anda mengawasi dahulu gejala anda tersebut. Sekiranya semakin parah, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mengetahu punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.