
Sulit
4 tahun
Tonsil Kembali walaupun setelah menjalani operation sebelum ini
Salam Dr, saya telah jalani operation buang tonsil 30/12/2019. tapi baru baru ini tonsil saya kembali menjadikan saya demam, sakit tekak, batuk dan selesema semula. adalah ini normal ataupon maksudnya saya masih belom pulih sepenuhnya dari operation yang lepas?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya anda telah membuang kedua-dua tonsil anda, anda tidak akan mengalami tonsilitis (keradangan tonsil) lagi kecuali jika tonsil anda tumbuh semula dimana perkara ini sangat jarang berlaku.
Pada pendapat saya, berkemungkinan, gejala yang anda alami adalah disebabkan oleh masalah lain seperti:
Jangkitan bakteria atau virus
Alahan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.