
Sulit
3 tahun
Tonsil mengeluarkan air seperti nanah bila di tekan
Hai doctor. saya wanita berumur 16 tahun. Setiap malam tekak saya akan sakit berterusan. Tonsil saya berbeza saiz. Setiap kali saya tekan tonsil sebelah kanan saya ia keluarkan air bewarna putih seperti nanah. Kalau tonsil saya di sebelah kiri tiada nanah yang keluar. Apakah penyebabnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala sakit tekak dan diikuti dengan keluaran cecair daripada tonsil sebelah kanan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Tonsillitis
- Peritonsillar abscess
- Jangkitan mononucleosis
- Pharyngitis
- Jangkitan tekak streptococcus
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda dan seterusnya mendapatkan rawatan jika perlu. Anda boleh menghubungi pakar ENT kami untuk mendapat nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.