
Sulit
5 tahun
Tonsilectomy dan adenoid
Assalam doktor. Boleh sy tau berapa lama tempoh untuk sembuh dri operation pembuangan tonsil dan adenoid. Anak saya berumur 5 tahun baru lepas menjalani pembedahan tersebut pada sabtu lepas, tetapi ank saya masih merengek kesakitan dan kurang mkn dan minum. Makan ubat juga susah… Ape yg sy boleh lakukan untuk kurang kn kesakitan anak saya selain dripada memberi makanan lembut dan sejuk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Sakit tekak setelah operasi tonsilektomi boleh timbul disebabkan oleh pembengkakan dan pembentukan parut di tempat lokasi operasi. Ia dapat mengambil masa selama dua minggu hingga satu bulan. Antara yang boleh dilakukan adalah:
- Mendapatkan ubat batuk daripada doktor
- Mengambil makanan lembut
- Pastikan minum air dengan cukup agar tidak terjadi dehidrasi
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.