
Sulit
3 tahun
๐๐๐ซ๐ข๐จ๐ ๐ญ๐ค ๐๐ญ๐ ๐ฌ๐๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง
๐๐๐ฒ๐ ๐ฐ๐๐ง๐ข๐ญ๐ 18๐ญ๐ก๐ฎ๐ง ๐๐ง๐๐ค ๐ฌ๐จ๐ซ๐ง๐ ๐ญ๐ฉ๐ข ๐ฉ๐๐ซ๐ข๐จ๐ ๐ฌ๐ฒ ๐ญ๐ค ๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐ง ๐ง๐ข ๐๐๐ค๐๐ก ๐ฌ๐ฒ ๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐ก๐๐ค ๐ฎ๐ฉ๐ญ

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- gaya hidup yang terlalu aktif
- berat badan bertambah atau berkurang secara mendadak
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Ubat-ubatan tertentu
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Walaubagaimanapun, jika anda masih risau tentang kehamilan anda boleh mengambil ujian kehamilan supaya keresahan anda dapat diselesaikan. Anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.