
Sulit
4 tahun
Trauma untuk melakukan hubungan suami isteri
Hai doktor saya sudah dua tahun berkahwin tapi masih belum boleh bersama suami disebabkan ketakutan yg pernah dirasai semasa awal bersama. Namun, masih belum berjaya untuk sepenuhnya. Disebabkan hal itu, saya mengalami ketakutan untuk bersama suami. Saya dicadangkan untuk menggunakan ubat lignocaine iaitu ubat kebas. Namun tidak tahu cara untuk memakainya dengan betul. Bolehkah doktor menjelaskan bagaimana untuk memakai ubat tersebut dan apa kesan memakai ubat tersebut. Terima kasih doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, disebabkan kekurangan maklumat tentang jenis ubat yang anda gunakan saya tidak dapat memberikan kesimpulan yang tepat tentang persoalan anda. Untuk pengetahuan anda, ubat lignocaine boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk seperti suntikan, gel dan semburan. Saya sarankan anda untuk hubungi doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan sebelum menggunakannya.
Antara kesan sampingan ubat ini adalah:
- Kepedihan
- Kemerahan
- Bengkak
- Alahan
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.