trioslady
2 tahun
Trigeminal neuralgia
Saya telah disahkan trigeminal neuralgia di sebelah muka kanan dan sedang menjalani rawatan .Boleh ke serangan terjadi di kedua belah muka? Sebab sekarang saya sudah mula rasa simptom trigeminal di sebelah kiri.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu trigeminal neuralgia. Untuk makluman anda, trigeminal neuralgia adalah keadaan sakit kronik yang mempengaruhi saraf trigeminal iaitu melibatkan sensasi wajah. Rangsangan ringan pada wajah seperti menggosok gigi atau memakai alat solek boleh mencetuskan rasa sakit yang luar biasa.
Pada awalnya, pesakit mungkin mengalami serangan ringan dan pendek. Tetapi neuralgia trigeminal dapat berkembang dan menyebabkan serangan kesakitan yang lebih lama dan lebih kerap. Pelbagai faktor yang boleh menjadi pencetus penyakit ini seperti menyentuh muka, makan, minum, gosok gig, dan bercakap. Sekiranya kesakitan yang anda alami di muka sebelah kiri semakin mengganggu anda, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan selanjutnya, selain mematuhi arahan rawatan yang sedang anda jalani sekarang. Pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.